Bagaimana memujuk prospek untuk sertai group yang anda buat.

Dalam strategi Dominasi Facebook Group, kita akan tubuhkan group kita sendiri. Jangan salah faham yang kita akan conquer group orang lain. No. Bukan macam tu kaedahnya. Kita kena ada rasa hormat pada group yang ditubuhkan oleh orang lain. Perumpamaannya adalah seperti rumah orang, mana boleh kita suka-suka hati nak buat macam rumah sendiri. Untuk memujuk prospek supaya menyertai group kita, ia bermula dengan tawaran yang anda berikan. Sejauh mana tawaran yang anda berikan benar-benar menarik pada penilaian prospek anda.

Ini bermakna, tawaran anda perlu jelas, straight to the point, tidak berniat jahat, dan menepati 4 sebab yang saya berikan kenapa orang suka join group FB yang di tubuhkan. Bagaimana nak dapatkan mereka yang mungkin berminat dengan group yang bakal anda tubuhkan? Senang sahaja. Jawapannya adalah di group FB yang sama kategori dengan group yang anda bakal tubuhkan. Buat tawaran di situ dan nyatakan apa kelebihan yang bakal mereka perolehi sekiranya menyertai group anda. Tawaran anda mestilah jelas dan tak berniat jahat, atau semata-mata nak promote barang atau beriklan. Gunakan konsep WIIFM (what in it for me).

Prospek tak minat nak join group, tetapi dia minat dengan kebaikkan dan kelebihan yang bakal mereka perolehi setelah join group. Strategi ini saya guna berulang-ulang kali dan ia memang mudah nak tarik pengguna FB untuk join group yang saya tubuhkan.

Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah buatkan prospek anda faham dengan jelas kelebihan menyertai group anda. Anda tak ada idea? Mungkin salah satu daripada idea berikut dapat membantu anda. Berikut adalah contoh yang mungkin sesuai. Anda seharus sesuaikan idea-idea berikut dengan kesesuaian tawaran atau produk yang anda berikan
  1. Dengan menyertai group yang anda tubuhkan, prospek akan dapat informasiinformasi terbaru dengan cepat
  2. Prospek akan dapat keistimewaan dari segi penjimatan, diskaun dan harga ahli
  3. Prospek akan dapat free gift
  4. Prospek akan dapat join aktiviti yang eksklusif untuk ahli
  5. Prospek akan dapat tawaran, promosi istimewa untuk produk-produk tertentu dan untuk masa-masa tertentu
  6. Prospek akan dapat mengetahui insider secret (sesuai untuk group pelaburan) Sebenarnya ada banyak lagi.
Bergantung pada jenis perniagaan yang anda jalankan, pasti ada sesuatu yang ‘istimewa’ yang dapat anda tawarkan kepada prospek anda untuk sertai group FB anda. Tanpa melengahkan masa, kita akan terus kepada strategi pemasaran group FB

Jika Anda Mahu betul betul belajar lebih lanjut lagi bolehlah lihat web ini Panduan Dominasi FB Group 

A Razak Ngah
eMail Marketing Viral
http://matspy.com/TraffucWave

Tiada ulasan:

Catat Ulasan