Mana Mak???

Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil.
Sharekan pada yg lain andai anda sayang ibu anda..
Bagi anak anak baca...

---------------------------------------------------------------------------
A Razak Ngah
ToneExcel Dealer
http://www.arazakngah.com



Teknik menulis Facebook Ads berkualiti tinggi!

Panduan menulis tajuk iklan Facebook Ads

Tajuk memainkan peranan yang sangat penting dalam kempen pengiklanan facebook kerana perkara pertama yang akan di baca oleh pengguna facebook adalah tajuk iklan. Biasanya ramai pengguna facebook ads akan memilih tajuk yang boleh menarik perhatian orang untuk klik iklan mereka. Cara mereka betul kerana itulah konsep utama menulis tajuk iklan facebook ads yang baik.

Namun, apabila di review kembali ramai pengguna facebook ads memilih tajuk iklan yang menarik perhatian mereka untuk klik dan tidak pada pengguna facebook. Teknik ini adalah silap kerana mereka fokus pada diri sendiri, bukannya pada pengguna facebook. Kempen pengiklanan mereka pasti tidak akan beri keputusan yang memberangsangkan.

Untuk pastikan tajuk iklan anda menarik pada pengguna facebook, anda perlu pilih tajuk iklan yang ingin di baca pengguna facebook. Maksudnya tajuk iklan facebook ads anda perlulah sesuatu yang ada kaitan dengan pengguna facebook atau lebih tepat sesuatu yang seronok untuk di baca pengguna facebook.

Biasanya pengguna facebook akan skip bahagian iklan di tepi dan terus bermain facebook. Namun, apabila mereka terlihat ayat yang menarik di bahagian iklan, mereka pasti akan terdetik untuk tahu lebih lanjut.

Berikut adalah beberapa tip untuk menulis tajuk iklan yang boleh menarik perhatian pengguna facebook untuk klik iklan anda

  • Kaitkan isu hangat atau isu semasa dengan tajuk iklan  seperti isu PTPTN, penemuan terbaru dan sebagainya.
  • Gunakan perkataan yang boleh membuatkan seseorang teruja seperti Terbaru ! , Terbaik !, Terbongkar rahsia! dan sebagainya.
  • Gunakan ayat yang bercorak straight to the point. Contohnya, ‘Terknik Jutawan’, Fotografi Murah dan Pizza Buat Sendiri.
  • Gunakan tajuk iklan yang selari dengan gambar yang anda upload. Biasanya mata pengguna facebook akan nampak gambar dan tajuk anda serentak. Jika tajuk dan gambar tidak selari, mereka akan hilang mood untuk klik iklan anda.
Jika anda lihat data klik anda agak kurang selepas beberapa hari, anda perlu ubah tajuk anda dan fikirkan ayat yang lain. Apabila anda peroleh klik yang konsisten, barulah anda kekalkan tajuk tersebut.

Teknik Menulis badan (Ads body) iklan FB Ads yang berkualiti tinggi

Untuk bersosial melalui facebook, anda perlu menulis kepada satu sama lain. Secara tidak langsung, setiap pengguna facebook akan membaca apa yang tertera  di paparan facebook mereka. Biasanya pengguna facebook akan membaca secara scanning iaitu membaca laju – laju. Namun, apabila mereka terlihat sesuatu itu menarik untuk di baca, mereka akan berhenti scanning dan baca satu persatu.

Bagi iklan facebook pula, mereka akan akan berhenti scanning apabila mereka baca tajuk iklan atau lihat gambar yang menarik. Ini kerana tajuk dan gambar adalah dua perkara yang paling menonjol. Secara tidak langsung, mereka akan scanning dua perkara ini dahulu.

Apabila mereka tertarik pada tajuk atau gambar iklan, mereka akan berhenti scanning dan akan mula baca satu persatu ayat badan iklan. Jika ayat di badan iklan anda adalah menarik bagi mereka, mereka pasti akan klik iklan anda. Jika tidak menarik,  mereka akan terus membaca perkara lain.

Sebab itulah anda perlu menuli ayat badan iklan yang berkualiti tinggi kerana ia adalah antara faktor yang menyebabkan iklan anda akan di klik pengguna facebook. Berikut adalah teknik untuk menulis badan (ad body) iklan facebook yang berkualiti tinggi
  1. Pertama, anda perlu tahu bahawa anda hanya boleh gunakan ruang sebanyak 135 karakter untuk menulis ayat badan iklan.
  2. Kedua, anda bahagikan ayat iklan pada dua bahagian iaitu ayat kelebihan produk dan ayat tindakan.
  3. Ayat kelebihan produk bermaksud, ayat tersebut memberitahu kebaikan bagi produk anda.
  4. Ayat tindakan pula bermaksud ayat yang berupaya memikat pembaca iklan untuk melakukan tindakan iaitu klik iklan.
  5. Contoh bagi ayat iklan yang baik adalah:-
  6. Tajuk iklan : Baju Murah
  7. Badan iklan : Pelbagai fesyen, saiz dan berkualiti tinggi. Beli sekarang.
  8. Apabila anda run kempen pengiklanan anda dan lihat jika hanya sedikit sahaja yang klik, anda perlu review kembali ayat iklan anda. Anda cuba ubah dan lihat perkembangan klik untuk masa seterusnya.
Panduan memilih gambar untuk iklan Facebook anda

Selain tajuk iklan, gambar iklan juga memainkan peranan yang penting untuk menonjolkan iklan facebook anda. Ini kerana gambar adalah komponen pengiklanan yang di nilai pengguna facebook. Jika gambar yang anda upload adalah tidak menarik, mereka tidak akan tertarik pada iklan anda walaupun tajuk iklan anda agak menarik.

Gambar iklan juga memainkan peranan yang sangat penting di mana ia boleh meningkatkan kredibiliti iklan anda. Iklan yang tiada gambar akan di anggap iklan yang main – main manakala iklan yang di sertakan gambar yang tidak berkualiti di anggap sebagai iklan yang menipu atau tidak serius.

Antara  ciri – ciri gambar iklan yang boleh meningkatkan kredibiliti iklan anda adalah:-
  • Gambar yang di pilih adalah berkaitan dengan tajuk iklan. Jika tajuk iklan anda adalah ‘Kasut Bola’ , anda jangan pilih gambar kasut sekolah sebagai gambar iklan. Gambar yang tiada kaitan dengan tajuk akan merendahkan kredibiliti iklan anda. Anda perlu pikat pengguna facebook supaya percaya bahawa iklan anda adalah iklan yang benar dan serius.
  • Gambar yang di pilih perlu ada kualiti iaitu jelas dan tidak samar – samar. Anda perlu pilih gambar yang ada kualiti dari segi kejelasan dan terang. Jika gambar yang anda pilih adalah tidak bermutu, pengguna facebook akan abaikan gambar anda. Maksud gambar yang bermutu adalah gambar itu boleh di fahami dengan sekali lihat sahaja. Apabila gambar yang anda pilih adalah bermutu, pengguna facebook lebih mempercayai iklan anda.
Apabila gambar yang anda pilih menepati kedua – dua perkara di atas, gambar tersebut mempunyai kredibiliti yang tinggi. Selain itu, anda perlu faham gambar yang anda pilih sebenarnya mewakili seluruh isi iklan anda. Jadi, anda pilihlah gambar yang boleh menceritakan isi iklan anda. Gambar yang paling bagus adalah apabila pengguna terlihat gambar tersebut, dia terus faham apa yang anda iklankan. Ambil masa untuk pilih gambar anda. Fahami apa yang anda ingin iklankan dan pilih gambar yang terang, jelas dan berkaitan dengan iklan.

Panduan mencipta kempen pengiklanan yang berjaya

Langkah pertama : Tahu dengan jelas perkara yang anda ingin promosi
Tentukan dengan jelas apa yang anda ingin promosikan melalui facebook Ads.  Adakah anda ingin promosi laman web anda atau emel list anda atau fanpage anda atau produk affiliate ? Anda perlu tahu dengan jelas perkara yang anda ingin promosikan. Apabila anda tahu dengan jelas perkara yang anda ingin promosikan, anda boleh tentukan strategi yang terbaik untuk gunakan facebook Ads. Facebook ads bukan percuma.Jadi, anda perlu ada strategi yang jelas.

Langkah kedua :  Tentukan target pengiklanan anda
Di facebook ads, anda boleh tentukan siapa yang akan melihat iklan anda. Secara tidak langsung, anda boleh iklankan sesuatu pada orang yang tepat. Anda boleh tetapkan siapa yang akan lihat iklan anda berdasarkan:-
  1. Lokasi, Jenis bahasa, tahap pelajaran dan kerja.
  2. Umur, jantina, hari jadi dan status perhubungan.
  3. Like dan Minat 
Berdasarkan perkara yang anda ingin promosi, anda tentukan siapa yang akan lihat iklan anda.

Langkah ketiga : Anda Reka Iklan yang menarik
Sekarang, anda reka iklan yang terbaik untuk anda gunakan di facebook Ads. Caranya adalah:-
  1. Anda tulis tajuk yang boleh perhatian untuk di klik.
  2. Anda tulis ayat yang bersifat memujuk di bahagian badan supaya mereka yang ternampak iklan tersebut rasa rugi jika tidak klik iklan anda.
  3. Anda gunakan gambar atau imej yang sesuai dengan tajuk pengiklanan anda. Anda wajib upload gambar supaya iklan anda kelihatan lebih menarik.
Langkah keempat : Tentukan bajet pengiklanan anda
Di facebook anda boleh tentukan untuk guna jenis pengiklanan bersifat cost per click atau cost per impression. Cost per click bermakna anda perlu bayar setiap kali iklan anda di click manakala cost per impression bermakna anda perlu bayar setiap 1000 kali iklan anda di paparkan. Anda bebas untuk pilih jenis iklan yang anda suka. Kemudian, anda tentukan bajet harian. Bajet harian penting untuk pastikan iklan anda tidak melepasi had yang sepatutnya. Semasa biadaan bagi harga iklan,anda bida harga yang tinggi sedikit dari harga cadangan. Dari semasa ke semasa, anda boleh periksa harga cadangan. Jika harganya rendah, anda boleh rendahkan harga bidaan.

Langkah kelima : Review dan Perbaiki
        Review prestasi pengiklanan anda dan perbaiki yang mana patut. Jika prestasi pengiklanan anda adalah teruk, anda tidak boleh biarkan sahaja. Anda perlu baiki dan gunakan kaedah lain.

 Tip hasilkan iklan Facebook yang berkualiti tinggi

Berikut adalah beberapa tip untuk hasilkan iklan facebook yang berkualiti tinggi.
  1. Pastikan iklan anda mematahui peraturan yang telah di tetapkan pihak facebook seperti tidak boleh iklankan perkhidmatan seks, tidak gunakan bahasa kasar, tidak gunakan bahasa bersifat perkauman atau bahasa yang boleh menyinggung perasaan orang lain.
  2. Tajuk iklan yang anda pilih mewakili apa yang anda ingin promosikan. Jangan guna tajuk iklan yang berbentuk gimik kerana pengguna facebook tidak sukakannya.
  3. Berikut adalah cara untuk tulis badan iklan yang berkualiti tinggi
  4. Masukkan ayat call to action atau ayat memujuk pada tindakan. Contohnya, like sekarang, order di sini, tempah sekarang, beli sekarang, cepat bertindak dan sebagainya.
  5. Highligt perkara utama yang anda ingin promosikan. Contohnya anda ingin promosikan diskaun bagi produk anda, anda tulis ‘Diskaun sehingga 20 %’.
  6. Gunakan bahasa yang mudah di fahami, ringkas dan tepat.
  7. Gunakan imej iklan yang mewakili iklan anda. Jangan gunakan logo syarikat untuk promosikan produk syarikat anda kerana pengguna facebook tidak faham apa yang anda cuba iklankan jika gambar tidak selari dengan isi iklan.
  8. Pastikan destination url anda adalah ada kaitan dengan isi iklan anda.
  9. Berikut adalah tip menetapkan target audience.
  10. Pilih lokasi yang tepat untuk iklan anda.
  11. Fahami dan kenali pelanggan anda dan gunakan kemudahan demographic untuk kecilkan saiz pengguna facebook yang akan melihat iklan anda.
  12. Pilih perkara yang prospek anda mungkin minat bukannya perkara yang mungkin di cari prospek.
  13. Gunakan maklumat di ads manager untuk baiki iklan anda dan seterusnya menghasilkan iklan yang berkualiti tinggi. Iklan yang berkualiti bermakna anda hanya perlu laburkan sedikit wang sahaja untuk dapat hasil yang memberangsangkan.

Ciri – ciri iklan Facebook yang baik
  1. Tajuk iklan adalah tepat ia mewakili apa yang anda iklankan. Maksudnya, tajuk anda menyatakan dengan tepat apa yang anda promosikan. Namun, jika anda promosi fanpage, tajuk bagi iklan anda adalah nama bagi fanpage tersebut.
  2. Badan iklan anda mewakli apa yang anda tawarkan. Contohnya  ‘ Stok terbaru tudung 2015 Beli di sini’.Maknanya, badan iklan anda perlu menyatakan dengan jelas apa yang anda tawarkan. Kemudian ada ayat take action di situ. Berdasarkan contoh yang saya beri, ayat ‘stok terbaru tudung 2015 ‘bermakna anda menjual tudung dan ia adalah design terbaru. Ayat ‘ beli di ini ‘ pula bermaksud, mengajak pengguna facebook untuk membeli tudung.
  3. Gambar iklan yang di gunakan adalah jelas, senang untuk di fahami dan ada kaitan dengan iklan yang anda tawarkan. Senang cerita, gambar yang di pilih membantu iklan anda untuk lebih menonjol bukannya merosakkan iklan anda.
  4. Memilih audience setepat mungkin dan tidak terlalu umum. Untuk pengetahuan anda, anda boleh cipta seberapa banyak kempen pengiklanan yang anda mahu. Jadi, anda target audience setepat yang mungkin dengan memilih demografik, lokasi dan interest dengan tepat.
  5. Iklan facebook anda mempunyai matlamat yang jelas. Anda perlu tahu dengan jelas kenapa iklan facebook itu anda cipta. Apabila anda ada matlamat,anda lebih senang untuk cipta iklan yang lebih berkualiti di masa akan datang. Maksudnya apabila anda buat review tentang prestasi pengiklanan anda, anda akan tahu apa yang hendak di perbaiki berdasarkan matlamat yang anda telah tetapkan.
  6. Iklan anda nampak professional iaitu tidak meleret, tepat, jelas, senang di fahami dan padat.
  7. Iklan anda mempunyai kadar nilai clik yang tinggi dan semakin hari bilangan klik tersebut tetap konsisten dan meningkat.
Perniagaan anda mula berkembang dengan baik hasil daripada pengiklan di facebook. Keuntungan yang anda peroleh adalah lebih banyak dari modal yang anda laburkn untuk pengiklanan facebook.

========================

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian rencana, illustrasi dan isi kandungan ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun sama ada elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin daripada penerbit (NakBisnes.com).

Pengarang serta penerbitnya dengan ini secara khususnya tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan naskhah ini, secara langsung atau tidak langsung. Teknik yang disebut di dalam naskhah ini mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak. Tidak ada jaminan yang dibuat. Pembaca bertanggungjawab diatas segala penggunaan maklumat yang disenaraikan didalam ebook ini. Penulis berhak untuk membuat sebarang perubahan tanpa notis.

Segala screenshot atau gambar-gambar diambil daripada laman web yang tertentu. Penulis adalah bukan pemilik laman web tersebut. Ia adalah merupakan hak cipta pemilik gambar tersebut.
Hanya pengedar yang sah boleh menyebarkan ebook ini.


---------------------------------------------------------------------------
A Razak Ngah
ToneExcel Dealer
http://www.arazakngah.com




Rebutlah Peluang Ini Sementara Pendaftaran Agen Affiliate Masih Dibuka!

Berjuta-juta orang melayari internet setiap hari untuk mencari penyelesaian bagi masalah mereka terutamanya isu berkaitan kesihatan dan kewangan. Masyarakat pada umumnya buntu dan tidak tahu memulakan sesuatu bisnes yang hanya memerlukan modal yang amat sedikit.

Mahukah anda menjadi agen affiliate NiagaAffiliate.com dan menjana pendapatan tambahan?

Untuk pengetahuan anda, NiagaAffiliate.com adalah antara perniagaan online yang membuka peluang pemasaran affiliate dengan kadar komisyen yang tinggi! PERCUMA okey..anda akan dapat komisen dari hasil join affilalite ini boleh terus klik link dibawah ya kalau nak join..

Anda tidak rugi menyertai kami sebagai agen Affiliate NiagaAffiliate.com. Sebaliknya anda berpeluang untuk :
  1. Berjaya menghasilkan jualan yang banyak dan mendapat komisyen tinggi setiap bulan.
  2. Memperbaiki tahap kewangan secara keseluruhannya
  3. Belajar ilmu perniagaan internet yang dicari-cari selama ini dan membina perniagaan sendiri.
  4. Dengan senarai yang tertulis di atas jelaslah bahawa anda tidak mengalami kerugian apa-apa pun meski pun mungkin anda tidak berjaya menghasilkan jualan.
  5. Walau bagaimanapun kami tidak mahu anda gagal mendapat komisyen. Disebabkan itu kami telah merancang pelbagai strategi bagi membantu anda menghasilkan jualan.
  6. Hanya mengajak rakan sign-up tanpa membeli apa-apa sudah layak mendapat komisyen.
Rebutlah Peluang Ini Sementara Pendaftaran Agen Affiliate Masih Dibuka!

Pendaftaran agen affiliate NiagaAffiliate.com adalah PERCUMA atau bayaran serendah RM15 untuk melayakkan diri merebut komisyen sebanyak RM1.00 walaupun orang yang dibawakan oleh anda tidak upgrade di AffiliateNiaga.com. Walaubagaimanapun, anda masih mempunyai pilihan untuk pakej yang lebih lumayan. Ini adalah pilihan anda.

Tujuan kami adalah untuk memastikan individu yang benar-benar serius dan mempunyai komitmen yang yang tinggi untuk menjadi sebahagian rakan niaga Affiliate NiagaAffiliate.com. Ini kerana kami mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi memberi latihan dan tunjuk ajar kepada semua rakan Affiliate kami.

Amat berbaloi untuk anda menyertai Program Affiliate NiagaAffiliate.com, kerana tanpa modal awal yang perlu anda keluarkan untuk mendaftar sebagai rakan Affiliate kami. Apabila

APA TUNGGU LAGI?

KLIK SINI UNTUK BERDAFTAR

---------------------------------------------------------------------------
A Razak Ngah
ToneExcel Dealer
http://dKedaiRuncit.com



Growrich Academy Kuasai ilmu online dan offline untuk gerakkan business

Salam Kenalan dari ARazak Ngah
Ringkasan Program.

Growrich Academy (GRA) pertama kali di Malaysia dan membawa Program Pendidikan Kewangan. Pengguna akan didedahkan dengan ilmu berkenaan Pendidikan Kewangan melalui platform Online/Offline untuk mengajar komuniti kita bagaimana untuk BUAT duit, LINDUNGI duit dan KEMBANGKAN duit.

MAPs System.
Membership Affiliate Program System (MAPs) daripada GRA ini menyediakan platform untuk student menjana pendapatan dengan membina rangkaian komuniti yang meluas. Pendapatan student adalah Aktif/Pasif.

 Cepat Rebut Pelunag ini daftar dulu Disini  http://www.GrowrichAcademy.com/autoviral

Hari ini, di dalam keadaan ekonomi yang semakin meruncing dan Malaysia dengan menuju ke arah kegawatan ekonomi, ramai komuniti kita menghadapi masalah kewangan.
Namun begitu, ramai pula jutawan yang lahir…

Jadi kami di Growrich Academy akan memberikan pendidikan kewangan kepada komuniti dengan harapan dapat melahirkan lebih ramai jutawan di Malaysia.

Siri Training di Growrich Academy:

1) Rahsia Gerak Jutawan – Kuasai ilmu online dan offline utk gerakkan business.
2) Itu adalah Growrich Academy (GRA).

Bagaimana komuniti mahu spend untuk ilmu kalau duit makan pun tidak cukup?
Disinilah, lahirnya Affiliate & MAPS (Membership Affiliate Program System)

  1. Modal Permulaan hanya RM50 sahaja + RM 6 kos pos. (sekali seumur hidup.)
  2. Dengan RM50 potensi pendapatan sehingga RM200,000 dan unlimited sebenarnya
  3. Pendapatan adalah Aktif dan Pasif
  4. Tiada Monthly Maintenance
  5. Untuk Upgrade tidak memerlukan modal tambahan kerana sistem akan auto upgrade
  6. Tiada sistem putus putus, Sambung terus….
  7. Pendapatan dibahagikan kepada 2 bahagian (commision dan saving)

Commision, akan dibayar 2 kali sebulan (1hb dan 16hb)
saving, inilah yang akan disimpan dan akan digunakan untuk upgrade ke level yg lebih tinggi, pembelajaran, pembelian buku, perlindungan takaful dan pelaburan

 Paling MENARIK dan AWESOME giler ialah Program Growrich boleh dicombinekan dengan mana2 program seperti TE, Revell, Elken atau apa sahaja kerana Growrich Academy adalah program pendidikan yang mengajar komuniti bagaimana untuk BUAT, LINDUNG dan KEMBANGKAN duit… tanpa mengira apa pun business anda.

Selama ni ramai yg gagal kerana tiada ilmu tetapi di GRA kami bukan hanya berikan alat atau program buat duit tetapi kami sertakan dengan sistem pembelajaran yang akan mengajar komuniti kita kaya dunia dan akhirat. InshaAllah

Cepat Rebut Pelunag ini daftar dulu Disini http://www.GrowrichAcademy.com/autoviral


---------------------------------------------------------------------------
A Razak Ngah
ToneExcel Dealer
http://toneexceldealer.com



Jadilah Antara Terawal Sertai Growrich Academy

Growrich Academy (GRADE) melalui Growrich International Sdn Bhd buat pertama kali di
Malaysia seumpamanya membawakan sebuah program Pendidikan Kewangan berkonsepkan Hybrid Online

Pelajar yang berdaftar bukan sahaja bakal didedahkan dengan pelbagai ilmu berkenaan pengurusan kewangan melalui pelbagai platform online dan offline malahan ahli juga boleh menjana pendapatan aktif dan pasif dengan menggunakan sistem affiliate yang turut bakal disertakan.


Kita sering terdengar tentang kisah wang dan permasalahan yang berkaitan tentang pengurusan kewangan dan pendapatan. Permasalahan ini bertambah buruk lagi dengan keadaan semasa ekonomi negara dan nilai mata wang yang semakin merudum. Antara kesan utama atas komuniti
  • Kenaikan nilai inflasi
  • Kurang kuasa membeli
  • Kenaikan kadar faedah pinjaman
  • Kesukaran mendapat pinjaman / dana
  • Kegagalan membayar pinjaman / kad kredit
  • Pengganguran (pembuangan kerja)
  • Muflis (Bankrup)
Namun begitu, sikap masyarakat itu juga sendiri mendorong kepada kesan yang lebih teruk. Sikap negatif ini antaranya yang menyebabkan pengurusan kewangan yang kurang berkesan.
  • Malas menyimpan
  • Tiada pelaburan jangka panjang
  • Tiada perlindungan kewangan /  insuran
  • Malas berniaga / tidak tahu berniaga
  • Kekurangan modal
  • Merasa selesa dengan pekerjaan sedia ada
  • Pengurusan gaji / kewangan teruk
  • Mudah ditipu oleh skim cepat kaya / piramid
  • Perbelanjaan melebihi pendapatan
  • Terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan
  • Banyak berhutang dengan bank / institusi kewangan
Kami Penyelesaian Anda
  1. Program Membership Affiliate Hybrid PERTAMA di Malaysia (E-Education + jana Pendapatan)
  2. Membantu anda menjana, melindungi dan mengembangkan potensi pendapatan anda
  3. Bukan Money Game, Bukan Skim Piramid, Tidak Perlu Simpan Stok dan Yuran Pemulaan Sangat Rendah
  4. Tidak memerlukan Kemahiran Teknikal & tidak perlu topup untuk naik taraf/upgrade
  5. Anda akan dibantu melalui pembelajaran e-book berkaitan topik pengurusan kewangan
  6. Sokongan 24 jam web-based sistem e-wallet, selain medium pemasaran online & ofline percuma
  7. Sokongan offline melalui seminar & bengkel berkaitan ilmu kebebasan kewangan
  8. Keunikan sistem yang menyediakan simpanan untuk dijadikan bonus tahunan anda
  9. Sesuai untuk semua peringkat umur yang ingin mengubah taraf hidup
  10. Perlindungan takaful dan pelaburan amanah saham untuk ahli yang layak
  11. Pendapatan pasif anda boleh diwariskan

Jadilah Antara Terawal Sertai

---------------------------------------------------------------------------
A Razak Ngah
ToneExcel Dealer
http://toneexceldealer.com



Tips Pemasaran - Bagaimana Facebook Boleh Bantu Perniagaan Kecil anda?

"Bolehkah Facebook membantu perniagaan bersaiz kecil dan sederhana  menjana jualan lebih besar?"
Soalan ini boggles beberapa orang. Jawapannya adalah YA. Banyak usahawan kecil telah berjaya mengalami hakikat ini.

Di bawah adalah beberapa Soalan Lazim (FAQ) mengenai Facebook Halaman Perniagaan.

1. Bagaimana saya membuat halaman perniagaan saya menarik / menarik?

• Buat halaman arahan adat.
• Dengan kerap mengemas kini halaman anda dan pengikut anda.
• Biarkan pengikut anda rasa "di rumah" dengan mengakui setiap komen yang mereka buat.

2. Apakah strategi pemasaran yang boleh saya gunakan?

Pemasaran adalah entah bagaimana yang berkaitan untuk menjadi pandai bergaul dan mesra kepada orang lain. Seberapa banyak yang anda mahu untuk membina pelbagai pengikut, melihat bahawa anda melibatkan diri dengan pelanggan anda. Ini boleh membantu laman peminat anda berkembang jauh. Tip lain adalah dengan menggunakan gambar, video, sebut harga, comel dan mesej lucu untuk membuat halaman anda meriah dan mesra.


3. Adakah halaman Facebook laman percuma untuk mengiklankan perniagaan baru saya atau perniagaan yang sedia ada?

Ya betul. Ia hanya mengambil masa lima minit untuk membuat akaun baru untuk organisasi anda.

4. Apakah pelan pemasaran asas yang boleh saya gunakan untuk halaman saya?

  • Memastikan laman Facebook anda boleh dilihat oleh pengguna lain.
  • Hantar beberapa e-mel, menghantar artikel baru untuk semua laman blog percuma dan memberitahu sahabat anda mengenai halaman anda.
  • Gunakan beberapa alat media sosial automatik.
  • Sambungkan dan menyambung media sosial baru anda kepada pengguna lain.
  • Anda boleh merebut jualan dan taktikal menarik lain untuk menarik pengikut baru.

5. Adakah halaman perniagaan Facebook  yang sama dengan laman peminat Facebook?

Ya, tetapi ada sedikit perbezaan. Halaman perniagaan Facebook digunakan untuk mempromosikan perniagaan anda secara khusus dan pengikut tidak dibenarkan posting di dinding. Sebaliknya, laman Fan adalah lebih luas pengikut dibenarkan untuk menghantar kemas kini di dinding itu. Kedua-duanya mempunyai persamaan juga anda boleh mendapat juta seperti pada kedua-dua muka surat dan anda juga boleh menyiarkan kemas kini secara berkala.

6. Bandingkan halaman perniagaan Facebook dari laman web pemasaran yang lain?

Facebook mempunyai satu juta pengguna. Tidak seperti laman web pemasaran yang lain, Facebook telah meraih banyak perhatian sudah. Ia mempunyai banyak sambungan yang boleh sangat ketara kepada orang lain yang mencari untuk perniagaan anda.

7. Bolehkah saya menghubungkan profil peribadi saya ke akaun laman Facebook perniagaan saya?

Ya. Untuk membuat ini mungkin, klik "akaun" yang terletak di sebelah atas kanan dan kemudian klik "menggunakan Facebook sebagai laman." Jika anda telah dihidupkan profil peribadi anda ke laman perniagaan anda, anda kini boleh menggunakan halaman perniagaan anda dan meninggalkan sekumpulan komen dan mesej kepada halaman dan pengikut lain.

Untuk maklumat lanjut mengenai Facebook laman peminat  melawat You Yanya I Jawab

Kami menyediakan maklumat di Facebook Fan Page dan halaman perniagaan Facebook htt://oohyess.com Lawati sekarang untuk mengetahui lebih lanjut.


---------------------------------------------------------------------------
A Razak Ngah
ToneExcel Dealer
http://toneexceldealer.com