Adakah anda mempunyai isu-isu berikut? Jika jawapan anda YA, usah risau. Anda memang orang yang saya cari sebabnya saya memang serius nak bantu individu seperti anda!
1. Saya memang serius nak tambah pendapatan, tapi saya tak berapa minat nak cari-cari orang... Macam mana?
Seperti anda, saya juga tak minat nak cari-cari orang. Jangan ingat anda seorang je yang tak suka cari-cari orang, malahan majoriti dalam rangkaian saya semuanya tak suka cari-cari orang.
Walaupun kami tak cari-cari orang, namun bisnes kami tetap boleh berjalan. Sebabnya?
Kami fokus kepada teknik pengiklanan. Sama macam syarikat-syarikat telco ternama seperti Celcom, Maxis, Digi dan sebagainya. Mana ada mereka cari-cari orang. Kan mereka cuma buat iklan sahaja. Pelanggan yang datang cari mereka.
Jadi itulah yang saya amalkan.
Bila anda sertai network saya, anda tak perlu susah payah nak cari-cari orang ni. Saya akan kongsikan kepada anda teknik sebenar bagaimana menulis ayat iklan sehingga bakal pelanggan dengan sukarela datang sendiri kepada anda untuk menyertai rangkaian anda.
In Shaa Allah dengan pengalaman yang saya ada selama lebih 5 tahun dalam bidang pengiklanan online dan penulisan advertorial, dapat saya kongsikan kepada anda.
Adakah teknik pengiklanan ni percuma atau berbayar? Fokus sahaja dengan teknik yang percuma dulu. Saya sendiri pun hanya guna kaedah pengiklanan PERCUMA.
2. Saya tak ada masa la nak jumpa prospek, buat table talk semua... Lagipun saya ni jenis yang pemalu orangnya... Boleh ke saya buat bisnes ni?
Tak perlu jumpa prospek pun tak apa.
Saya sendiri masih tak pernah jumpa dan bersua muka dengan ahli-ahli dalam rangkaian saya. Namun ia bukan satu masalah besar. Bisnes ni tetap boleh dijalankan tanpa ada sebarang masalah. Kalau nak tunggu dah jumpa face to face baru nak buat bisnes ni, macam mana bisnes nak berkembang?
Saya memiliki rangkaian yang berada di Sarawak, Kedah, Melaka, Terengganu dan lain-lain lagi. Bayangkan... Jika saya perlu jumpa mereka baru mereka nak join saya, dah tentu akan jadi sangat sukar untuk saya bina rangkaian saya di seluruh Malaysia... Setuju?
3. Saya pernah tanya-tanya jugak dengan kawan-kawan satu tempat kerja, ramai yang tak minat la... Jadi saya pun berbelah bahagi jugak sama ada nak join atau tidak.
Tak ada masalah. Mula-mula sekali anda patut tahu, mereka yang tak minat ni bukan sebab mereka tak nak, tapi sebab mereka masih tak faham dan masih tak nampak peluang didepan mata mereka. Bagi mereka, setiap bisnes yang boleh dilakukan secara sampingan adalah skim cepat kaya, skim piramid dan skim penipu.
Sebenarnya ini adalah pemikiran typikal orang kita. Memang kebanyakkannya macam tu. (Pada pendapat saya, mereka hanya mengambil langkah berhati-hati dan waspada, cuma terlalu berhati-hati akan menyebabkan anda terlepas peluang yang HEBAT ini)
Namun saya yakin anda tidak sebegitu! Sebabnya, anda sanggup bersusah payah untuk kaji sistem pemasaran Tone Excel. Anda dah kenal produknya, dah tahu siapa pemilik syarikatnya dan pendek kata anda dah buat kajian tentang sistem ini. Jadi, kan tak wajar nak bandingkan dengan kawan-kawan anda yang tak ambik tahu langsung pasal peluang buat duit ni.
Kawan-kawan tak nak join? Tak ada masalah.
Awal-awal dulu masa saya buat bisnes ni, downline saya semuanya adalah orang-orang yang saya tak kenal. Semuanya adalah hasil daripada teknik pemasaran online.
Kesimpulannya, usah biarkan kawan-kawan anda sendiri membunuh impian anda. Mereka tak nak join tak apa, tak ada masalah. Kita buat online marketing, dan In Shaa Allah ada ramai lagi yang nak join.
Senang cerita, kawan-kawan yang kata tak nak tu, kita say "NEXT" sahaja, dan In Shaa Allah bila anda dah buktikan yang anda memang boleh buat, mereka sendiri yang akan datang kepada anda mintak didaftarkan. Benda ni dah selalu sangat saya lihat dan alami sendiri.
Ingat! Bisnes ini bisnes anda. Bila berjaya, ianya juga untuk anda. Bukan untuk kawan-kawan anda yang memang negatif dan suka kondem orang. (saya pun ada ramai kawan-kawan yang macam ni ha ha biarlah diorang, dah memang lahir-lahir jadi orang senang kot...)
4. Kawan-kawan yang dulu buat bisnes ni pun dah stop. Susah nak cari orang katanya...
Kawan tu jenis yang buat kerja ada sistem ke jenis yang buat kerja ikut mood? Ikut hentam keromo je? Kalau buat kerja tak ada sistem, bukan buat bisnes Tone Excel je yang akan rasa susah... semua bisnes akan rasa susah.
Namun anda tak perlu gusar, saya dah test drive beberapa sistem yang terbukti berkesan. In Shaa Allah, dalam masa 3 - 6 bulan, tak mustahil untuk anda dapat income 3 angka (minima) dengan Tone Excel. Dengan syarat anda kena buat kerja lah. Kalau join lepas tu tak buat apa-apa, maaflah. Anda dah salah pilih company ni.
Isu susah nak cari orang ni akan timbul jika anda hanya fokus pada orang-orang yang berada di sekeliling anda sahaja. Sebab tu saya ulang-ulang sebut, buat pemasaran online, jadi anda tak perlu risau pun kalau kat sekeliling anda orang tak nak join, sebabnya pasaran kita masih saaaaaaaangat luas.
Rakyat Malaysia sahaja sekarang ada kira-kira 29 juta orang. Pengguna handphone pula ada 41 juta orang, manakala pengguna simkad Tone Excel pula masih lagi belum sampai 1 juta orang pun.
5. Saya dah tahu pasal bisnes Tone Excel ni lama dah. Kawan-kawan pun ada yang pernah cerita pasal bisnes ni kat saya, tapi tu la... Masalahnya saya ni kerja syif. Kadang-kadang masuk kerja tak menentu, macam mana nak buat bisnes ni? Ada solution tak untuk masalah saya ni?
Saya faham... kerja syif ni memang besar cabaran dia. Lagi-lagi kalau jenis yang kena kerja syif pagi, lepas tu tukar syif petang, kemudian ada pulak yang kena syif malam. Memang susah nak adjust jadual.
Bila dah kena kerja syif macam ni... bila masa pulak nak pergi jumpa prospek? Nak datang HQ dengar preview memang susah. Lepas tu kalau ada prospek yang nak order simkad... Manalah ada masa nak lari ke pejabat pos nak pos simkad tu. Masa cuti pulak memang tak sama dengan orang lain. Kerja syif ni penat dia lain macam sikit, kalau dapat cuti tu memang akan guna untuk rehat sepenuhnya (baca: tidur)
Macam mana saya boleh tahu? Saya sendiri pernah ada pengalaman kerja syif macam ni. Memang letih dan badan jadi lesu. Ahli keluarga saya pun ada yang kena kerja syif, jadi saya memang tahu sangatlah macam mana kerja dia.
Tapi satu perkara yang anda patut tahu. Benda ni anda akan ulang-ulang sebab ia dah jadi rutin kerja anda. Automatik ia juga dah jadi rutin hidup anda. Sampai bila anda nak kerja macam ni?
Nak berhenti kerja? Bukan satu langkah yang bijak lebih-lebih lagi kalau satu-satunya sumber pendapatan yang anda miliki hanyalah dari kerja anda tu sahaja. Setuju?
Jadi macam ni lah. Anda tak perlu risau dengan bab-bab nak terangkan kepada bakal pelanggan anda. Anda tak perlu risau tentang bab pengeposan dan penghantaran starter pack kepada pelanggan anda, dan anda juga tak perlu risau tentang bab-bab support kepada pelanggan anda tu. Sebabnya?
Saya dan team saya akan uruskan semua tu untuk anda! Cuma satu sahaja yang anda perlu lakukan. Carilah atau curilah masa, sekurang-kurangnya SATU JAM sahaja dalam sehari untuk bercerita tentang Tone Excel di FB anda.
15 minit waktu pagi, 15 minit waktu tengahari, 15 minit lagi waktu petang dan 15 minit terakhir waktu malam. Boleh buat tugasan mudah ni?
6. Saya masih student. Ada masa saya FREE. Ada masa saya bizi dengan kuliah, assignment, research paper, aktiviti kokurikulum lagi. Tapi saya memang minat nak buat duit. Kalau boleh sebelum grad nanti ada la sikit duit poket nak bayar loan PTPTN dengan nak support sikit sebelum dapat kerja nanti. Macam mana?
Terus terang saya kata, dalam rangkaian saya sendiri ada pelbagai kategori individu. Ada pekerja kilang, pesara, suri rumah dan pelajar pun ada. Paling muda dalam rangkaian saya adalah pelajar tingkatan 3. Belum habis sekolah lagi! Tapi dah ada kesedaran nak tambah pendapatan, nak belajar secara praktikal pengalaman berniaga secara online.
Bisnes ini tak menggangu pun masa untuk belajar. Waktu belajar, kita belajar sungguh-sungguh. Waktu FREE? Jangan buang masa, melepak tak tentu hala, tengok wayang, bla bla bla... Gunalah waktu ini untuk buat bisnes, untuk cari income. Kalau anda guna waktu belajar untuk buat bisnes, anda memang bermasalah.
Jika anda masih belajar sama ada di IPTA atau IPTS, satu fenomena yang biasa berlaku ialah, anda tak akan dapat kerja serta merta setelah tamat pengajian. Kalau dapat kerja pun biasanya kerja yang langsung tak ada kaitan dengan apa yang anda belajar. Setakat 2 - 3 tahun menganggur masih tak dapat kerja tu bukan perkara yang asing. Ia MEMANG BIASA berlaku (melainkan anda terima je apa-apa kerja yang ada)
Jadi, jika kesedaran tu dah timbul, yang anda memerlukan sumber pendapatan seawal anda masih diperingkat pengajian lagi, sertai Tone Excel, dan buat bisnes ni betul-betul waktu anda FREE.
Mudah sahaja. Fokus pada aktiviti promosi, dan semua ni boleh dibuat secara online sahaja. Asalkan ada laptop atau smartphone dan ada sambungan internet, bisnes ni dah boleh ON.
7. Akak ni surirumah. Anak-anak pun masih kecik lagi. Susah jugak nak fokus buat bisnes kalau siang hari, faham-faham je la ye perangai budak kecik ni macam mana, memang tak boleh tengok orang senang. Suami akak pun sebenarnya tak berapa suka sangat akak buat-buat bisnes ni... (cemburu la kot kalau akak PM PM dengan customer lelaki) Sekarang ni kan semua benda dah makin mencabar, barang-barang pun dah banyak yang naik harga, kalau boleh akak nak jugak ada side income sikit-sikit. Boleh jugak buat bantu keluarga. Kalau Sabree boleh bantu akak, akak akan join bulan ni jugak.
Yang sebenarnya, nak buat duit dengan Tone Excel ini sangatlah mudah. Hanya ada dua perkara sahaja yang akak perlu buat.
Pertama, tukarkan simkad yang anda guna sekarang ni kepada simkad Tone Excel, dan
Kedua, anda ceritakan tentang kelebihan dan kebaikkan yang anda terima selaku pengguna simkad ini kepada orang ramai. Itu sahaja. Mudah, kan?
Namun, atas beberapa faktor kekangan seperti anak-anak masih kecil (dan encik suami tak berapa suka anda berurusan dengan prospek lelaki) maka atas sebab inilah anda perlu buat pertimbangan yang sewajarnya dan sertai rangkaian saya.
Untuk membantu memudahkan kerja-kerja promosi dan urusan perjalanan bisnes ini, hal-hal berikut akan diambil alih oleh team saya.
1. Menjawab segala pertanyaan prospek dan memberi penerangan tentang produk kepada bakal pelanggan anda. Setengah prospek dia memang akan banyak bertanya sebelum dia betul-betul yakin untuk jalankan bisnes ni. Tak ada masalah, setiap pertanyaan dia akan kami jawabkan bagi pihak anda.
2. Membuat penghantaran starter pack kepada bakal pelanggan anda. Penghantaran adalah menerusi Pos Laju. Ya, apabila team saya ambil alih tugas ini, anda tak perlu risau dan tak perlu fikir pun nak bersusah payah pergi ke pejabat pos dan berurusan di sana.
3. Pengaktifan simkad baru menerusi IDP anda. Prospek tadi akan diajar cara-cara untuk mengaktifkan simkad menerusi IDP anda. Kepercayaan yang anda berikan kepada saya dan team saya adalah amanah buat kami. Rezeki itu datangnya dari Yang Maha Esa, tak perlu nak curi pelanggan orang lain.
4. Personal coaching/ group coaching/ support sama ada secara online (jika jauh) atau face to face. Semua ini akan saya bantu beserta dengan team saya.
Jika anda ingin buat bisnes ini seorang diri, 4 perkara itu tadi adalah perkara asas yang anda perlu lakukan sendiri. Anda kena layan prospek, kena buat penghantaran starter pack, kena ajar pula macam mana nak buat pengaktifan simkad, dan seterusnya perlu beri bantuan, bimbingan dan coaching macam mana nak buat bisnes ni seperti anda.
Ya, memang makan masa.
Adakah ini bermakna anda tak perlu buat apa-apa? Anda masih perlu buat sesuatu, namun hanya tugasan yang minima sahaja memandangkan anda sendiri sibuk dengan urusan keluarga dan peribadi.
Jadi, apa yang perlu anda buat? Saya akan berikan anda link ke sebuah laman web khas dan ISTIMEWA untuk anda. Buat pendaftaran dan dapatkan link UNIK dan KHAS anda. Anda hanya perlu promosikan link tersebut, itu sahaja. Selebihnya saya dan team saya akan uruskan bagi pihak anda.
Dengan adanya sistem ini, anda hanya perlu promosikan link dan semak komisyen sahaja. Memang SENANG kerja dia (sebabnya lain-lain kerja kasar telah diambil alih oleh saya dan team saya)
Anda hanya perlu peruntukkan sekurang-kurangnya SATU JAM sahaja dalam sehari untuk bercerita tentang Tone Excel di FB anda.
15 minit waktu pagi, 15 minit waktu tengahari, 15 minit lagi waktu petang dan 15 minit terakhir waktu malam.
Inilah sistem paling mudah yang anda boleh cuba sendiri. (dengan adanya sistem ini, saya juga boleh track sama ada anda ada buat kerja atau tidak)
A Razak Ngah
http://arazakngah.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan